Friday, November 25, 2011

Gagal Temuduga, Never Give UP!

Gagal temuduga?
Gagal Temuduga?
Ramai antara kita apabila memohon kerja di sektor awam, akan mengalami kegagalan. Kegagalan memang tak lari dari kehidupan kita. Ada yang dah memohon pekerjaan di sektor awam berkali-kali tapi masih tak dipanggil-panggil temuduga. Ada yang dipanggil temuduga berkali-kali tapi masih gagal mendapatkan kerja di sektor awam. Kegagalan demi kegagalan. Memang diakui, bukan semua orang akan berjaya. Tapi pakar ada berkata, jika kita nakkan kejayaan itu, kita akan tetap berjaya. Cuma kejayaan itu datang cepat atau lambat sahaja.
Saya dapati, ramai orang yang gagal mendapatkan apa yang mereka inginkan (kerjaya sektor awam) mereka akan cepat GIVE UP. Ada yang menyalahkan orang lain di atas kegegalan mereka, ada menyalahkan pihak kerajaan, salahkan bangsa dan agama, salahkan keluarga, salahkan keluarga dan sebagainya. Itu sudah menjadi lumrah! Kita akan cuba menyalahkan pihak lain di atas kegagalan kita. Jarang di antara kita yang bermusabahah diri mellihat apa kekurangan diri sendiri yang menyebabkan kegagalan. Dan ramai rasakan mereka sudah di tahap terbaik, tapi masih gagal. Itu pada fikiran mereka, bukan di mata orang lain. Ada di antara kita yang tak redha dengan kegagalan yang diterima. Dunia ini tidak adil buat mereka! Ada satu kes, seorang calon yang gagal dalam satu temuduga Gred 41 ingin membunuh diri di atas kegagalan pertamanya dalam temuduga. Sampai begitu sekali!
Ramai yang mudah Give up apabila gagal buat kali pertama, kali kedua, ketiga..Seolah-olah peluang sudah berakhir buatnya. Apabila kita give up, kehidupan kita juga akan dipengaruhinya. Kita tiada semangat untuk berjaya. Tahukah anda, pencipta mentol (lampu) Thoma Edison telah mencuba lebih 1000 kali sehinggalah beliau berjay mencipta lampu! Bukan 10 kali, bukan 100 kali, tapi lebih 1000 kali beliau mencuba sebelum berjaya. Kita pula, baru gagal beberapa kali sudah GIVE UP. Apabila kita Give up, kita tidak akan berjaya.
Begitu juga dalam usaha memohon kerjaya di sektor awam ini. Ada kawan-kawan kita mencuba berbelas-belas kali sebelum berjaya mencapai kejayaan. Mereka gagal sebelum ini kerana tidak tahu cara sebenar untuk temuduga. Ada yang over confident, ada yang memang tak prepare dan sebagainya. Tapi kemudiannya, mereka berjaya. Ini kerana merek belajar dari kegagalan mereka. Mereka tidak ulangi kesalahan dan kesilapan serupa. Cara belajar terbaik dari kegagalan adalah, JANGAN DIULANGI CARA YANG MENJADI PUNCA KEGAGALAN.

Nasihat saya, jangan sesekali kita GIVE UP apabila menerima kegagalan dalam usaha mengejar kejayaan. Di sini, kejayaan bolehlah diertikan sebagai BERJAYA BERKHIDMAT DI SEKTOR KERAJAAN.
NEVER GIVE UP! Teruskan usaha sehinggalah kita mencapai kejayaan. Untuk memotivasikan anda, saya syorkan anda tonton video hebat di bawah ini.



Ulasan Video ini: Derek Redmond telah berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi sukan olimpik di Barcelona 1992. Beliau bekerja keras untuk mencapai apa yang diimpikannya dalam sukan olimpik tersebut. Dia menghabiskan masa 4 tahun untuk berlatih dan mencuba terbaik bersaing dengan ramai pelari lain untuk mewakili negaranya dalam sukan olimpik. Sudah masa perngorbanan masa, usaha, tenaga dan juga wang ringgit yang besar untuk memastikannya beliau berjaya mewakili negaranya. Apabila sampai hari sukan olimpik, beliau mula berlari dengan penuh semangat dan keyakinan bersaing dengan pelari-pelari hebat lain dalam temasya sukan terhebat itu. Ketika beliau sedang berlari laju, beliau terjatuh! Beliau mengalami kecederaan. Beliau kecewa akan keadaaan itu. Tapi beliau TEkad bahawa beliau mesti habiskan larian itu, walaupun beliau mengalami kecederaan. Dia YAKIN akan menamatkan apa yang beliau impikan. Beliau ingin menamatkan perlumbaan hingga ke garisan terakhir kerana sebelum datang ke Barcelona, itulah yang diidam-idamkannya. Dan dalam keadaan cedera itu beliau meneruskan lariannya. Di masa terhencut-hencut itulah ada bapanya datang menyokong. Dan akhirnya beliau berjaya tamat sehingga garisan penamat. Dan seramai 65,000 penonton di stadium berdiri terharu dengan usaha gigih Derek Redmond. Walaupun dengan kepayahan sebegitu, beliau meneruskan lariannya hingga ke penamatnya. Memang sungguh terharu..
Pengajaran – walaupun kita terpaksa mengalami pelbagai halangan/cabaran dalam perjalanan untuk menggapai apa yang kita inginkan, kita tidak boleh sesekali GIVE UP. Teruskan mencuba sehinggalah kita berjaya.
Dan ada lagi video buat anda, yang mampu menaikkan semangat anda.

Nick Vujicic – I’am Happy! J Never Give Up in Life


Ulasan Pendek Video: Seorang yang tiada memilki tangan, tiada kaki tapi mampu berjalan, mampu berenang, bermain muzik. Amazing. Tapi adakah dia terus mampu membuat sebegitu? Tidak! Dia jatuh beratus-ratus kali sebelum berjaya mampu berdiri. Dia berkata, jika dia jatuh, dia akan mencuba berkali-kali sehinggalah beliau berjaya. Jika dia jatuh (gagal), dia tidak GIVE UP dia akan terus mencuba sehingga berjaya. I WILL TRY..AGAIN..AND AGAIN…AND AGAIN. Dari orang yang tiada tangan dan kaki, kini dia adalah orang yang berjaya bukan sahaja berjaya berdir sendiri, tapi menjadi pakar motivasi yang jutawan.
Pengajaran – Jangan sesekali GIVE UP dengan apa-apa kekurangan yang ada pada diri kita. Kita teruskan mencuba. Walaupun kita gagal dalam cubaan tersebut, jangan GIVE UP. Teruskan  mencuba..cuba..cuba lagi sehinggalah berjaya.

Sekian sahaja dari saya buat anda. Semoga perkongsian kali ini dapat menaikkan semangat dan motivasi anda untuk mendapatkan apa yang anda idamkan. Artikel ini juga saya akan rujuk dari masa ke semasa untuk  saya naikkan motivasi diri saya.
Jumpa lagi:_)
NEVER GIVE UP!

No comments:

Post a Comment