Laman Portal Kerjaya

Memberikan informasi dan panduan tentang hala tuju kerjaya anda

Saturday, October 29, 2011


Sidek’s Personality Inventory (IPS)


Arahan:

A          Inventori  Personaliti Sidek ini mengandungi 160 pernyataan.  Bermula dengan  nombor satu, rekodkan jawapan anda pada borang jawapan yang disediakan.

B.         Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, hitamkan (Y) dan jika tidak menerangkan diri anda, hitamkan (T) pada borang jawapan yang disediakan. 

C.        Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu menerangkan diri anda ataupun tidak, pilih jawapan yang anda rasa paling selesa.
JAWAB SEMUA SOALAN.


Bil.

Item

Ya

Tidak

1.       

Selesa memberitahu kawan-kawan mengenai apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran saya


2.       
Lebih suka bekerja dengan idea-idea dari bekerja dengan data dan benda


3.       
Suka melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri dari mengikut struktur yang telah  ditetapkan


4.       
Merasa selamat bila saya tahu orang yang saya percayai berada di samping saya


5.       
Suka menghadiri majlis-majlis kenduri dan perkahwinan


6.       
Suka membuat kritikan yang membina mengenai apa-apa sahaja bahan yang saya baca


7.       
Lebih selesa tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai jiran  tetangga


8.       
Sukakan suasana kehidupan yang berubah-ubah.


9.       
Tidak mudah keciwa apabila berhadapan dengan masalah-masalah yang rumit


10.   
Selalu mengelak dari bertanya kerana takut akan salah


11.   
Mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya sebagai pemimpin


12.   
Menolong sedaya upaya kawan-kawan yang menghadapi masalah


13.   
Mengharapkan sanjungan dari kawan-kawan untuk mengelakkan diri dari rasa tertekan


14.   
Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas


15.   
Mengharapkan supaya orang lain menganggap saya sebagai seorang yang amat berjaya


16.   
Setakat ingatan saya, saya tidak pernah meradang dengan sesiapa


17.      

Selesa  meminta pertolongan dari kawan-kawan dan  ahli-ahli profesional bila menghadapi masalah


18.   
Memikirkan  secara  kritikal  setiap perkara yang saya buat
dan lihat


19.   
Memikirkan sendiri cara-cara untuk menyelesaikan masalah
yang  saya hadapi


20.   
Mengelak dari memperkatakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan orang lain marah


21.   
Suka  berucap semasa berada di dalam kumpulan besar


22.   
Suka memikirkan masalah-masalah yang rumit dan mencabar


23.   
Seringkali memendamkan perasaan saya agar tidak diketahui oleh orang lain


24.   
Tidak suka terikat dengan jadual yang ketat untuk aktiviti-aktiviti masa lapang


25.   
Selalu tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah dimulakan


26.   
Merasa keciwa bila  memikirkan diri saya tidak  berupaya mengawal keadaan


27.   
Selalu membuat keputusan-keputusan penting bersendirian tanpa mengharapkan bantuan orang lain 


28.   
Tidak sampai hati melihat orang lain dihukum walaupun ianya telah diadili


29.   
Ingin supaya orang lain bersimpati dengan masalah hidup yang saya alami


30.   
Suka  melakukan  sesuatu  kerja dengan kemas dan teratur


31.   
Beranggapan adalah penting mempunyai pekerjaan di mana orang lain tidak berupaya melakukannya


32.   
Saya tidak pernah mengumpat tentang diri seseorang


33.   
Selesa  meminta kembali barang-barang yang telah dipinjam oleh kawan


34.   
Berminat  membaca buku-buku bercorak akademik, falsafah dan psikologi


35.   
Akan menghadiri sesuatu majlis jika saya rasa ingin berbuat demikian


36.   
Selalu memihak kepada kumpulan yang mendapat suara majoriti


37.   
Percaya bahawa diri saya adalah seorang yang peramah dan mudah mesra


38.   
Lebih selesa berdampingan dengan orang yang intelek berbanding orang yang praktikal


39.   
Jarang bercakap di dalam sesuatu sesi perbualan atau perbincangan


40.   
Merasa seakan-akan berminat kepada semua perkara


41.   
Akan menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja-kerja yang lain


42.   
Percaya bahawa orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik daripada saya


43.   
Lebih suka menjadi ketua dari menjadi pengikut


44.   
Sedia memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengira pertolongan itu dihargai atau tidak


45.   
Selalu menceritakan masalah-masalah peribadi saya kepada orang lain


46.   
Suka kepada aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang terperinci


47.   
Mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja kerja


48.   
Saya tidak pernah memecahkan rahsia kawan-kawan saya


49.   
Mudah berang apabila kerja yang saya lakukan tidak menjadi


50.   
Berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru yang berhubung dengan manusia


51.   
Tidak mengharapkan orang lain membantu menyelesaikan  kerja-kerja saya


52.   
Suka menerima pimpinan orang lain


53.   
Mudah memulakan perbualan dengan orang-orang yang belum saya kenali


54.   
Suka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi melalui kajian dan penyelidikan


55.   
Mengelak daripada bercakap dengan orang lain melainkan jika ditegur terlebih dahulu


56.   
Merasa bosan bila  tiada kerja-kerja baru yang boleh dibuat


57.   
Akan meneruskan kerja-kerja yang susah walaupun peluang untuk berjaya adalah tipis


58.   
Rasa tidak puas hati dengan apa yang telah saya capai dan perolehi sehingga ini


59.   
Suka membuat keputusan  untuk kumpulan


60.   
Selalu meminjamkan barang-barang yang saya sayangi kepada kawan-kawan yang memerlukan


61.   
Selalu mengharapkan belaian kasih sayang dan perhatian dari orang lain


62.   
Ada jadual makan dan tidur yang tetap untuk setiap hari


63.   
Suka menerima hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah bagi setiap pencapaian cemerlang yang saya perolehi


64.   
Saya sentiasa bersetuju dengan pendapat ibu bapa saya


65.   

Akan berterus terang menyatakan bahawa tingkahlakunya telah menyakitkan hati saya


66.   
Suka menganalisis personaliti individu yang saya temui


67.   
Tidak suka dikawal oleh individu yang mempunyai autoriti


68.   
Tidak akan melanggar peraturan yang telah ditetapkan walaupun  saya tidak bersetuju dengan  peraturan itu


69.   
Cenderung  bercakap lebih banyak dari orang lain apabila berada di dalam sesuatu kumpulan


70.   
Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea-idea yang abstraks


71.   
Suka menghabiskan waktu petang seorang diri dari berbual dan bermain dengan kawan-kawan


72.   
Selalu mengubah program dan aktiviti yang telah saya rancangkan


73.   
Boleh bekerja dalam satu jangkamasa yang panjang tanpa mudah merasa letih dan jemu


74.   
Rasa bersalah terhadap beberapa perkara buruk yang telah
saya lakukan pada masa lalu.


75.   
Akan mengambilalih tugas kepimpinan apabila suasana berada dalam keadaan tertekan


76.   
Gembira menghabiskan sebahagian dari masa saya membantu menyelesaikan masalah-masalah sosial


77.   
Merasa perlu  mencurahkan perasaan yang terkandung di dalam hati saya kepada kawan-kawan


78.   
Menyusun idea dan pemikiran saya dengan cermat sebelum memulakan perbualan


79.   
Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam apa-apa sahaja aktiviti yang bercorak pertandingan


80.   
Saya tidak pernah tersinggung apabila ditegur oleh
kawan-kawan


81.   

Selesa bertanya apabila  arahan yang diberikan oleh ketua kurang jelas


82.   
Suka melibatkan diri dalam perbincangan yang berkaitan dengan falsafah hidup masyarakat yang ideal


83.   
Suka melakukan kerja-kerja yang tidak melibatkan arahan, persetujuan dan pendapat orang lain


84.   
Meminta pendapat dan persetujuan orang lain sebelum memulakan sesuatu pekerjaan


85.   
Suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai


86.   
Selalu menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca
buku-buku yang bercorak akademik


87.   
Suka menyendiri melayan fikiran


88.   
Selesa dalam menghadapi situasi-situasi baru


89.   
Jarang menangguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya walau pun saya tidak suka


90.   
Merasa diri saya gagal bila orang lain membuat kerja lebih baik daripada saya


91.   
Bercita-cita menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi


92.   
Ingin bergiat cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab membantu individu yang kurang bernasib baik


93.   
Selalu meminta kepastian dari orang lain bahawa apa yang saya buat dan katakan adalah betul


94.   
Sentiasa menjaga ruang tempat kerja saya supaya kelihatan bersih dan kemas


95.   
Melihat diri saya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi


96.   
Saya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa


97.   

Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi


98.   
Selalu memikirkan jalan-jalan penyelesaian kepada bermacam-macam masalah sosial, politik dan ekonomi


99.   
Melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan apa orang lain akan kata


100. 
Lebih banyak bertolakansur mengenai sesuatu perkara berbanding dengan orang lain


101. 
Selesa bercakap dengan sesaorang walaupun bertemu buat kali pertama


102. 
Suka menulis ulasan kritikal mengenai buku-buku dan
artikel-artikel bercorak akademik yang saya baca


103. 
Merasa gugup bercakap di hadapan khayalak ramai


104. 
Tidak suka tinggal di sesuatu tempat dalam satu jangkamasa yang lama


105. 
Akan meneruskan kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan, walaupun orang lain telah menarik diri


106. 
Merasakan bahawa kehidupan saya adalah tidak
mengembirakan


107. 
Selalu mempengaruhi orang lain supaya menerima pendapat  saya


108. 
Percaya bahawa menolong orang lain adalah sama penting dengan menolong diri saya sendiri


109. 
Rasa sedih menghadapi masalah-masalah peribadi bersendirian tanpa sokongan dari kawan-kawan


110. 
Merancang dengan teliti  matlamat yang ingin saya capai di masa akan datang


111. 
Merasakan bahawa kejayaan orang lain selalu mendorong saya untuk mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh


112. 
Sejarah kehidupan saya sentiasa menyeronokkan dan mengembirakan


113. 

Lebih selesa membuat kerja-kerja yang telah saya rancang  dari membuat kerja yang disuruh oleh orang lain


114. 
Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkahlaku dan permasalahan manusia


115. 
Selalu bertindak mengikut keyakinan diri


116. 
Merasa perlu bergantung kepada individu yang saya percayai bagi membentuk nilai-nilai hidup saya


117. 
Lebih selesa berinteraksi dengan individu yang tidak saya kenali dari duduk seorang diri


118. 
Sering memikirkan sebab-sebab berlakunya masalah di dunia ini serta cara penyelesaiannya


119. 
Selalu merasa bimbang bila bertemu dengan orang yang belum saya kenali


120. 
Suka membuat sesuatu kerja hanya disebabkan ianya berbeza dari yang lain


121. 
Akan menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan kepada saya walaupun saya terpaksa bekerja lebih masa


122. 
Merasakan yang diri saya patut dihukum kerana telah melakukan sesuatu yang salah


123. 
Suka kepada aktiviti-aktiviti kumpulan di mana saya bertindak sebagai ketua


124. 
Mudah mesra dan mudah membina persahabatan dengan
orang lain


125. 
Merasa kecewa bila orang lain tidak menghargai diri saya


126. 
Merancang semua aktiviti-aktiviti supaya ia dapat dijalankan dengan lancar


127. 
Mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain


128. 
Walaupun rakan-rakan selalu membuatkan saya ternanti-nanti, saya tidak pernah marah


129. 

Agak mudah marah berbanding dengan kawan-kawan
saya yang lain


130. 
Memperuntukkan masa yang agak banyak bagi memikirkan masalah-masalah rumit yang perlu diselesaikan


131. 
Percaya yang saya mempunyai hak untuk menentukan sendiri apa yang ingin saya lakukan


132. 
Lebih suka meminta nasihat dari orang lain daripada cuba menyelesaikan masalah saya sendiri


133. 
Menganggap diri saya sebagai orang yang mudah untuk didampingi


134. 
Merasakan yang diri saya lebih berkebolehan membuat sesuatu kerja berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain


135. 
Merasa amat sukar memberitahu orang lain mengenai diri saya


136. 
Ingin mencuba sesuatu sekurang-kurangnya sekali


137. 
Bila saya membuat sesuatu keputusan, jarang sekali saya akan mengubahnya


138. 
Percaya bahawa diri saya mempunyai lebih banyak masalah peribadi dari orang lain


139. 
Gembira jika saya terpilih untuk memegang jawatan yang mempunyai autoriti


140. 
Percaya bahawa kebanyakan orang yang saya temui boleh menjadi kawan kepada saya


141. 
Ingin supaya diri saya difahami dan diterima oleh orang lain


142. 
Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang telah dirancang terlebih dahulu


143. 
Suka mengisi masa lapang  dengan aktiviti-aktiviti dan
kerja-kerja yang mencabar


144. 
Saya tidak pernah bosan melakukan kerja yang
berulang-ulang


145. 

Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama ada
saya menang atau kalah


146. 
Suka membaca buku-buku yang boleh membantu saya mengenali diri dengan lebih baik


147. 
Berpendapat bahawa apa yang betul dan apa yang salah
adalah ditentukan oleh diri saya sendiri


148. 
Tidak akan memulakan sesuatu kerja bila saya dapati orang lain tidak berminat untuk melakukannya


149. 
Mempunyai ramai sahabat dan kenalan


150. 
Suka berbincang mengenai konsep-konsep dan idea-idea


151. 
Akan mengelak situasi-situasi yang memaksa saya berhubung dan berinteraksi dengan orang ramai


152. 
Merasa bosan hidup dalam keadaan yang stabil di sepanjang masa tanpa perubahan


153. 
Tidak suka membiarkan sesuatu kerja terbengkalai tanpa mencari jalan penyelesaiannya segera


154. 
Takut akan kecewa dalam mengharungi hidup


155. 
Akan memilih pekerjaan di mana saya mempunyai tanggungjawab penuh untuk menyelia


156. 
Suka melawat kawan-kawan dan jiran-jiran saya yang sakit


157. 
Akan meminta pertolongan kawan-kawan yang lain apabila menghadapi kebuntuan


158. 
Rasa kecewa bila ada sesuatu yang menganggu perjalanan rangangan saya


159. 
Ingin diiktiraf sebagai seorang yang berpengaruh


160. 
Saya tidak pernah cemburu walaupun kekasih atau orang yang saya sayangi bermesra dengan orang lain






Posted by portalkerjaya at 4:10 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

~PEREKA BLOG~

~PEREKA  BLOG~
Rosmarini Mahmood & Maisara Mohammad ( Master In Education Counseling, UPSI )

Search This Blog

Pakaian Menghadiri Temuduga

Pakaian Menghadiri Temuduga



chef

Kerjaya Pilihan

doktor

dentist

oil careers


Pendidik


arkitek

kerjaya sebagai artis


NEWS

  • Berita Harian
  • Utusan
  • The Star
  • NST
  • Sin Chew
  • Sinar Harian
  • Harian Metro
  • Kosmo
  • Utusan Sarawak
  • Utusan Borneo

Laman Carian Kerja

  • Job In Malaysia
  • Best Jobs Malaysia
  • Jawatan Kosong Biz
  • Kerja oh Kerja
  • Jawatan Kosong Terkini
  • Jobs Central
  • Best Jobs
  • Ally Hunt
  • JenJOBS
  • JobStreet
  • JobDB
  • JoblinkAsia
  • Jabatan Tenaga Rakyat
  • JobsMalaysia

Peluang Kerjaya Agensi Kerajaan

  • Kementerian Pelajaran
  • Kementerian Dalam Negeri
  • Kementerian Pertahanan
  • Kementerian pengajian Tinggi
  • Kementerian Pengangkutan
  • Kementerian Pembangunan Wanita
  • Kementerian Kewangan
  • Kementerian Pelancongan
  • Kementerian Pertanian dan Asas Tani
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Total Pageviews

Followers

Blogroll

  • Universiti Sains Malaysia
  • Blog Panduan Temuduga Kerajaan
  • Blog Kerja Kosong Malaysia
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Wordpress Blog

Blog Archive

  • ▼  2011 (14)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ▼  October (8)
      • Tatacara Temuduga
      • Teori Pemilihan Kerjaya Terdapat pelbagai teori ke...
      • Langkah bijak memilih kerjaya Dalam membuat sesu...
      • <!-- /* Font...
      • <!--[if gte mso 9]> Normal 0 21 ...
      • Apa yang penemuduga lihat dan nilai?
      • Tips menghadapi temuduga kerja
      • Lepasan SPM – Info Buat Anda Assalamualaikum dan s...

ADAKAH PENCARIAN KERJAYA MELALUI INTERNET MENDATANGKAN MANFAAT



Sebarang pertanyaan boleh terus mengisi ruangan di bawah :

Ruangan bertanda (*) perlu diisi.









Hakcipta Wanita Melayu Terakhir ~Sara & Rini~ Master In Education Counseling UPSI 2011/2012. Simple theme. Theme images by Colonel. Powered by Blogger.